Video muzik Jóga

Video muzik bagi "Jóga" adalah lebih berbeza daripada video-video muzik Björk yang lain. Video muzik yang diarah oleh Michel Gondry ini lebih tertumpu kepada pemandangan pandang darat, sementara kemunculan Björk hanya pada permulaan dan penghabisan video.

Björk membuka sebuah lubang di dadanya dalam video muzik "Jóga".

Video ini bermula dengan menunjukkan babak Björk berbaring kaku di atas tanah. Kamera bergerak dengan rambang, menunjukkan pelbagai pemandangan pandang darat seperti gunung-ganang, laut, sungai, rizab-rizab semula jadi dan sebagainya. Sesampainya saat tengah video ini, dapat kelihatan fenomena gempa bumi mula meletus, tanah memecah dan kemudiannya bersambung kembali. Video ini berakhir dengan babak Björk berada di atas kemuncak bukit atau gunung, kelihatan membuka sebuah lubang di dadanya, menunjukkan sebuah pulau sedang terapung di sebaliknya.